Jumaat, 6 April 2012

Ketenangan Hati sebelum menghadapi peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد الله

 Alhamdulillah, ana mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, diberi peluang untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta ahli keluarga Baginda.

 Pada suasana peperiksaan di kampus ana yang akan menjelang tidak lama lagi, sudah tentulah masing-masing mempunyai perasaan yang seram sejuk atau sebaliknya kerana tidak tahu bagaimana bentuk soalan perlu dijawab. Bagaimana kita mahukan ketenangan menghadapi suasana peperiksaan yang begitu mendebarkan?? haaa...

 Yang pertama sekali adalah:

 1) Menjaga hubungan dengan Allah

 Sebagai seorang Islam, sewajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT. Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan Allah SWT? Menjaga hubungan dengan Allah dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

 Melakukan kebaikan adalah melakukan segala perbuatan yang amat disukai oleh Allah dan jika dilakukan akan mendapat palaha yang berlipat ganda seperti melaksanakan solat fardhu serta banyakkan amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah dan sebagainya.

 Meninggalkan keburukan adalah melakukan segala amalan yang ditegah oleh Allah dan mendapat dosa jika dilakukan seperti mencuri, merompak, menipu dan sebagainya.

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi:

 Hanya Allah yang mampu memberikan pertolongan dan menghindari sesuatu perkara sebagaimana doa Rasulullah " Aku berlindung dengan redaMu dan amarahMu, Dan aku berlindung dengan ampunanMu dari siksaMu dan aku berlindung dariMu dengan Mu".

 2) Memperbanyakkan bersedekah

 Dalam surah al Baqarah ayat 195, Allah SWT berfiman yang berbunyi:

  "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".


Yang sebenarnya, ada rahsia di sebalik sedekah ini. Marilah kita semua berfikir, kenapa orang yang banyak bersedekah itu semakin hari rezekinya semakin murah? Ini kerana mereka bersedekah kerana Allah SWT dan mereka percaya sesungguhnya hidup, mati, ajal, maut, rezeki itu semuanya dari Allah SWT.

Kita semua janganlah ada rasa sifat takut akan kekurangan harta disebabkan bersedekah kerana dengan bersedekah, harta akan menjadi berkurangan. Tidak, sedekah tidak mengurangkan harta tapi menyuburkan harta orang yang memberikan sedekah. Ini kerana orang yang menerima sedekah dari pemberi, penerima sedekah itu mendoakan kepada pemberi sedekah agar dimurahkan rezeki yang halal.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, al Darimi dan Ahmad:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” 


3) Banyakkan berdoa, membaca Al Qur'an untuk kedamaian hati. 

Sebagai seorang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang di cintai, memperbanyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin. Kerana doa itu merupakan permintaan terus dari hambaNya kepada Allah SWT. 

Kitab Al Quran adalah kalam Allah SWT. sesiapa yang membacanya maka akan mendapat pahala. Seperti mana dalam sebuah hadis yang berbunyi:

 Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. 

 Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih 

Marilah kita semua bersama-sama dalam mencari ilmu dan dalam mencari ilmu, mestilah ada keberkatan dari Allah SWT supaya apa pekerjaan yang dilakukan oleh kita akan menjadi sebagai ibadat. Insya Allah.





Jumaat, 17 Februari 2012

Tiada Idea....

Bismillah....

Sudah lama tidak mencatat sesuatu perkara di sini. Sampaikan mahu menukilkan sesuatu, ana tidak tahu mahu menukilkan apa.

Sahabat-sahabat semua,

Ana sudah lama tidak menukilkan sesuatu kerana ana kini menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, rezeki ana selepas sebulan menamatkan pengajian peringkat diploma. Pengajian peringkat ijazah ini, bukan semudah di sangka ana semasa berada di alam diploma seperti dalam pemikiran ana.

Semoga ilmu yang di tuntut oleh kita semua mendapat barakah dari Allah dan ilmu yang kita dapat, sebar-sebarkanlah agar menjadi lebih berkembang lagi ilmu seperti mana dalam sebuah hadis yang berbunyi: SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT.

p/s: ana pun tak tau nak tulis apa. mudah-mudahan menjadi pembakar semangat dalam diri kita. Amin.

Khamis, 8 Disember 2011

Ilmu....

Assalamualaikum dan selamat malam...

apa khabar semua...??? semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ingatlah bahawa nikmat kesihatan ini adalah nikmat yang paling berharga dalam menjalani kehidupan sebagai umat manusia.

sudah lama saya tidak meng'update sesuatu dalam blog ini kerana kekangan masa dalam melaksanakan sesuatu yang digemari..

Tajuk di atas tentang ilmu...saya rasa sudah dihuraikan dalam bab yang lalu....

Ilmu itu merupakan suatu tuntutan yang dituntut atas diri kita. ilmu tidak semestinya didapati melalui kelas tidak kira kelas diploma ke, ijazah ke dan sebagainya. Ilmu juga boleh dicari melalui pengajaran seperti kuliah maghrib ke, subuh ke atau ilmu-ilmu yang baik.

Ilmu mempunyai 2 bahagian, ilmu yang baik dan ilmu yang buruk atau seangkatan dengannya. Ilmu yang baik seperti kuliah agama, tajwid serta ilmu yang tidak melanggar batasan syariat. Selagi ilmu yang mahu dicari oleh kita adalah ilmu yang baik, maka kita bolehlah menuntut ilmu itu dan mengamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Teringat dalam sebuah hadis yang berbunyi:

"Jika kamu inginkan dunia, hendaklah kamu berilmu,
jika kamu inginkan akhirat, hendaklah kamu berilmu,
jika kamu mahu kedua-duannya, hendaklah kamu berilmu.

Kita lihat dari hadis diatas, seharusnya, kita kena tanamkan keazaman kita dalam mencari ilmu supaya kita tidak dipandang serong oleh orang lain..dengan ilmu itu juga kita boleh 'menyalakan' lagi dengan kebolehan yang ada pada diri kita.

Maksud menyalakan adalah bukannya membuka, bagi saya, menyalakan adalah memajukan diri kita dari mundur menjadi semakin maju.

Dalam al Qur'an ada menyebut tentang pentingnya kita dalam menuntut ilmu iaitu ayat yang berbunyi dari surah al Alaq:

Bacalah dengan nama TuhanMu, yang menjadikan pena untuk menulis.

Dan diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi. Insya Allah....Assalamualaikum....

Ahad, 30 Oktober 2011

kaya oh kaya.....

Assalamualaikum dan selamat malam semua.....kepada sahabat-sahabat yang dikenali atau tidak, semoga ukhwah islam dikalangan kita semakin kuat...Insya Allah..

Dari tadi ana terfikir tentang topik yang ana mahu bawakan dalam ruangan blog ini....kali ini ana nekad untuk membicarakan tajuk kaya oh kaya.

Apa yang dimaksudkan dengan kaya wahai sahabat-sahabat semua??(cam penceramah lak, hehehe). Apa yang ana kaya ni banyak duit. Mesti sahabat-sahabat semua beranggapan sedemikian. Yang sebenarnya, kaya ni merupakan perbuatan seseorang yang menyebabkan berlakunya pertambahan sesuatu. contohnya: seseorang membuka perniagaan, dan hasil keuntungan itu dilaburkan, dikumpul dan akhirnya menjadi kaya raya.

Kaya yang sebenarnya mempunyai banyak jenis. Contohnya kaya ilmu, kaya hati, kaya perangai dan sebagainya.

Sahabat-sahabat semua, kaya dari sudut ilmu itu adalah apabila seseorang itu mempelajari sesuatu ilmu, dan ilmu itu diamalkan untuk kegunaan orang ramai dan masyarakat setempat, insya Allah akan mendapat kekayaan yang banyak.

Kekayaan yang dimaksudkan diatas bukan kekayaan dalam bentuk wang ringgit...tetapi kekayaan yang dimaksudkan itu adalah pahala yang berlipat kali ganda. Apabila seseorang itu mengamalkan ilmu dan ilmu itu tersebar, dan diamalkan oleh orang lain juga, insya Allah, 'kekayaan' itu akan bertambah....

Ana tidak mahu untuk mencoretkan tentang perkara yang lain..hanya untuk dari sudut ilmu sahaja. Ana teringat dalam sebuah hadis yang berbunyi:

'Sampaikan walau 1 ayat'.

Jika kita merasakan diri kita ini ada ilmu, sampaikanlah ia walaupun 1 ayat seperti mana dalam hadis yang disebutkan sebentar tadi.

Dan ana tidak mahu berceloteh panjang kerana kehabisan idea untuk dihuraikan disini dan kita dapat berkongsi ilmu seperti mana dalam tajuk di atas....


Assalamualaikum....

Khamis, 27 Oktober 2011

nikah awal.....

Assalamualaikum....selamat malam....selamat berehat kepada semua yang mengenali...

Dalam menjalankan tugas selaku pelajar, memang tanggungjawab yang dituntut itu memang berat dan menguji kesabaran. Semoga Allah membantu perjalanan kita sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini. dalam menjalankan tugas selaku pegawai kanan agama (praktikal) yang akan berakhir dalam 4 minggu lagi, memang dituntut supaya berwaspada dalam menjalankan sebarang tugasan.

kenapa sejak akhir-akhir ni, serta di sekeliling ana, banyak menyarankan ana supaya menikah awal. yelah, benda baik tak kan nak tangguhkan..tapi bagi ana, Hanya Allah yang tahu siapakah pendamping serta pemilik tulang rusuk kiri ana ini. Ana serahkan kepada Allah swt yang menentukan.

Ana banyak menjalankan kajian tentang nikah awal ini. Dan kenapa dikalangan mereka yang menikah awal adalah orang yang bergelar pelajar?? Sama-sama kita berkongsi.

da dikalangan mereka yang ana pernah tanya, kenapa mengambil keputusan untuk menikah awal sedangkan ada tanggungjawab sebagai seorang pelajar??, jawabnya, supaya hati serta jiwa ini menjadi tenang. Cuba kita bayangkan, berapa ramai orang yang berkahwin pada usia muda ini?? tentu tidak banyak, bukan.

Pelbagai persepsi negatif turut dilemparkan kepada orang yang bernikah awal. Contohnya seperti "ko ni gatal sangat ke sampai nak nikah dah, belajar la dulu". ada yang juga berkata begitu, "tak terlalu muda ke, kerja la dulu, cari duit, baru boleh kahwin.

Kenapa perkara ini boleh terjadi,ini kerana kurangnya ilmu tentang nikah kahwin atau dikenali sebagai munakahat. Cuba kita fikir, jika sahabat-sahabat ada yang terlibat dengan maksiat, ibu bapa mesti merasa malu kerana anaknya terlibat dengan maksiat. Dan sebelum anaknya terjebak dengan maksiat, anaknya mahu bernikah tetapi dibantah kerana berpendapat masih muda.

ingatlah, sebuah pernikahan merupakan ikatan yang suci dan merupakan sunnah yang begitu indah. teringat kata-kata seorang doktor perubatan dan merupakan penceramah pernah menceritakan pengalamannya bahawa sesiapa yang mahu berkahwin, walau bagaimanapun, Allah akan bantu orang itu... insya Allah.


sebelum berakhir...ingatlah,,jodoh, pertemuan semua itu, hanya Allah yang tahu...







Ahad, 25 September 2011

Halangan dalam bertaubat

Assalamualaikum....dan selamat malam kepada sahabat2ku yang amat ana hormati dan sayangi....Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia dari pagi sehinggalah sekarang dalam menuju cinta Allah swt. Insya Allah...Ibadat bukan sahaja tertumpu pada solat sahaja. Banyak jenis-jenis ibadat seperti berpuasa, bersedekah dan sebagainya.

Pada malam yang hening dan suam-suam kuku, ana cuba membawa sahabat-sahabat ana dalam satu tajuk yang dipanggil sebagai Halangan Dalam Bertaubat. Sebelum ana meneruskan tajuk ini, suka ana menyatakan maksud taubat itu sendiri.

Apa yang dimaksudkan dengan taubat itu sendiri?? Persoalan sering menerjah ruang fikiran kita sebagai manusia yang lemah. Kita sering mendengar orang berkata, " bila la nak taubat ni??..baiklah...taubat berasal dari perkataan arab iaitu taubah yang bermaksud kembali atau berbalik.

Maksud taubat adalah kembali pada pangkal jalan iaitu jalan yang diredhai Allah setelah bergelumang dengan dosa dan noda. Itulah taubat.

Berbalik pada tajuk tadi, apabila kita mahu melakukan kebaikan, pasti ada yang menghalang..contoh, apabila kita mengajak sahabat untuk menunaikan solat, mereka akan berkata " ko gi la dlu solat, aku xpe". atau " pasni aku solat la, nak siapkan keje dulu." atau paling ganas sekali "ko la solat dulu, ko kan ustaz". Kita berfikir sejenak, adakah solat tu hanya untuk orang yang bergelar ustaz sahaja....orang yang bukan ustaz tidak boleh solat ke??renung-renungkan bersama..

Kita sama-sama berfikir, apakah halangan2 yang terdapat pada seseorang yang hendak bertaubat.. Yang pertama sekali, berasa tidak yakin akan rahmat Allah swt Yang Maha Luas itu. Kenapa terjadi begini? Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa tidak kira dosa itu dosa besar atau dosa kecil, mereka beranggapan bahawa Allah tidak menerima taubat kerana dosa-dosa tersebut. Tanggapan ini mesti dielakkan dengan menanamkan rasa yakin dalam diri bahawa Allah itu Maha Pengampun, dan setiap dosa yang dilakukan oleh mereka, pasti akan diampunkan oleh Allah swt.. Insya Allah. Seperti mana dalam al Qur'an surah al A'raf ayat 156 yang berbunyi " Dan rahmatku meliputi segala sesuatu"

Yang kedua adalah apabila meninggalkan tekad iaitu harap..dalam memohon taubat kepada Allah, mesti menanamkan harapan kepada Allah agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita walaupun dosa itu setinggi gunung dan seluas lautan.

Ingatlah sahabat-sahabatku semua, kita semua tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesilapan atau dosa. Dengan taubat inilah dapat menjadikan diri kita orang yang tenang dan menghayati segala keagungan dan kebesaran Allah swt. Dan juga kita disegerakan bertaubat kerana kita semua tidak mengetahui bila akan dipanggil menghadapNya..

Jumaat, 2 September 2011

hari raya.....

Assalamualaikum....

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu pada laman blog ini...kerana memberi laluan kepada penugasan praktikal sebagai pegawai bahagian agama dan kaunseling di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu serta menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti pada bulan Ramadan...

Dimana pada bulan Ramadan, kita semua berpuasa selama sebulan dengan mengharapkan redha Allah serta pahala yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang berpuasa dimana pahala itu berlipat kali ganda besarnya. Selama berpuasa itu juga kita diuji dengan pelbagai cabaran sama ada dari sudut mental dan fizikal. Setelah sebulan mengharungi bulan Ramadan, maka akan tiba 1 bulan iaitu bulan kemenangan yang dipanggil sebagai bulan Syawal.

Dalam suasana untuk menyambut bulan Syawal, kita hendaklah selalu mengingati saudara-saudara kita tidak kita dekat dengan kita, mahupun berjauhan dengan kita atau terpisah di pelusuk dunia sekalipun, cuba kita fikir-fikirkan serta renung-renungkan, bagaimana mereka menjalani ibadat puasa?? Ada dikalangan saudara-saudara kita berpuasa dalam suasana negaranya yang kacau bilau seperti peperangan, bencana kemarau dan sebagainya.. Kita sebagai umat islam yang tinggal di bumi Malaysia yang bertuah, marilah kita semua merafak rasa syukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani ibadat puasa dalam keadaan suasana aman damai serta harmoni dan rakyatnya bebas ke sana ke mari tanpa rasa takut.

Dalam suasana menyambut kedatangan 1 Syawal ini, kita tidak haruslah melupakan ibadat yang dijalankan semasa bulan Ramadan seperti solat tarawih, berzikir, bertadabbur dan tadarus al qur'an, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

Semalam, 2 September 2011, saya menonton rancangan Al Kuliyyah, dimana tajuk yang dibincangkan dalam program tersebut adalah Remeh-Temeh Aidilfitri. Bagi saya, tajuk itu memang sesuai.Kerana, banyak dikalangan masyarakat kita begitu sibuk sehinggakan lupa melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

Seperti dalam bulan Ramadan, awal Ramadan ada 1 istilah dipanggil sebagai pusingan kelayakan di mana masjid-masjid dan surau-surau kampung penuh sehinggakan tidak muat saf dalam surau. Pertengahan bulan Ramadan ada 1 istilah juga dipanggil sebagai pusingan separuh akhir, Dimana pusingan itu, saf-saf dalam surau itu semakin hari semakin berkuarangan kerana pada waktu itu, ramai dikalangan masyarakat pergi mencari baju raya serta persiapan dalam menghadapinya. Dan kemuncak Ramadan itu sendiri dikenali sebagai final atau grand finale. Dan pada waktu itu, saf-saf di surau-surau banyak yang kurang sehinggakan hanya tinggal 1 saf sahaja. Ini kerana ramai kebanyakan masyarakat mengambil peluang mencari baju raya pada waktu malam sehinggakan meninggalkan ibadat yang dituntut iaitu tarawih.

Pada hari raya itu, bagi mendapatkan barakah pada hari tersebut, bolehlah kita bertakbir sebagai memuji dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah atas kemenangan yang dinikmati setelah berpuasa menahan hawa nafsu untuk menjadikan diri ini mukmin yang sejati dan mendoakan agar diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang akan datang.

Soal duit raya adalah kebiasaan. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kanak-kanak dengan orang dewasa. Kebanyakan pada masa sekarang, kita melihat arus teknologi begitu pesat sehinggakan ingin menghantar kad hari raya pun siap hantar melalui internet. Ini menunjukkan negara berada dalam kemajuan teknologi sehinggakan ramai yang tidak menyedarinya.

Oleh itu, dalam suasana hari raya, marilah kita bersama-sama berjabat tangan sesama kita untuk memohon keampunan sekiranya tersilap dan terkasar bahasa sepanjang tahun ini. Bermaafan tidak semestinya mahu menunggu hari raya, bila-bila pun boleh dilaksanakan kemaafan itu supaya ukhwah yang dijalinkan itu bertambah mesra dan menjadikan umat Islam yang kuat...Insya Allah...