Jumaat, 6 April 2012

Sebuah Surat Cinta Dari Nya

Razman seorang remaja. Seorang remaja yang berasal dari golongan berada. Dia juga seorang pelajar pintar di universiti tetapi mempunyai sikap yang tidak disukai oleh ramai remaja lain terutamanya golongan wanita kerana suka mengacau perempuan.

Razman mempunyai 2 sahabat baik yang sentiasa bersama tidak kira dimana dia pergi, 2 orang itulah yang setia bersamanya. Mereka adalah Razif dan Amir. Walaupun mereka belajar dalam jurusan yang sama iaitu Pengurusan Perniagaan, mereka juga turut mencipta kecemerlangan dalam akademik.

Pada suatu petang, mereka bertiga sedang melepak di kawasan taman di persekitaran kampus, mereka terlihat ada pelajar wanita sedang berada di situ. Razman yang sedang melihat, tiba-tiba datang idea untuk menyakat mereka pelajar wanita tersebut. Lalu mereka bertiga pun mengatur gerak secara perlahan-lahan untuk menjalankan aktiviti 'tidak sihat' itu.

"Warghh..," Razman bertempik di kawasan situ.

"Mak, kau ni Razman, tak boleh tengok kami ni senang ke?? Memang patut pun ramai student pompuan tak suka kat ko. Ni sikap ko yang tak pernah berubah,". Bebel Rita.

"Eleh, kena kacau sikit pun nak kecoh ke? Eh, geng, korang tengok ni, baru kena kacau sikit, mulut pot pet pot pet cam kapal karam. Hahaha,". Kata Razman sambil ketawa terbahak-bahak.

"Jangan sampai aku report kat bahagian disiplin,". Ugut Rita

"Eh, buatlah. Pe ko ingat aku ni penakut ke? Eh, apa diorang boleh buat kat aku? cer cite cer cite,". Tanya Razman

"Malas aku nak layan orang cam ko ni,". Marah Rita

"Wei geng, jom arr balik. Aku pun malas nak layan dia gak. Blah blah,". Kata Razman

Di rumah itu, Ibu dan ayahnya masih belum pulang. Dan kelihatan cuma ada pembantu rumahnya sahaja. Razman masuk dan terus berbaring di kerusi lalu terlelap.

Dan beberapa minit kemudian, terdengar bunyi enjin kereta masuk kedalam kawasan rumah banglo itu. Dan kedengaran bunyi derapan kaki menandakan ibu dan ayahnya balik. Apabila masuk ke dalam rumah, mereka melihat Razman terlena di kerusi.

"Dah balik anak kita ya bang,". Kata ibunya

"Ya,". Ayahnya cuma mengiyakan.

Pada malam itu, selepas solat isyak, mereka semua termasuk Razman makan bersama. Ketika makan, banyak juga perkara yang dibincangkan sehingga ke topik pembelajaran anak mereka ini.

"Man, ayah nak tanya boleh? Tanya ayahnya.

"Cakap je ayah,". Jawab Razman

"Macam mana dengan pembelajaran kamu? Tanya ayahnya

"Setakat ni alhamdulillah. Tak ada masalah. Kenapa ayah? Tanya Razman kembali.

"Tak de pape. Saje je nak ambil tahu,". Jawab ayahnya ringkas.

Pada keesokkan harinya, kelas berjalan seperti biasa. Razman bersama 2 orang sahabat baik itu berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba Razman terlihat seorang pelajar wanita bertudung labuh berjalan. Razman terus memandangnya. Dan apabila pelajar wanita itu perasan ada orang yang memandangnya, lalu terus menundukkan pandangannya.

"Wei Man, apa ko tenung lama-lama kat budak tu? Ko syok kat dia ke? Tanya Amir.

"Korang berdua boleh tolong aku tak? Tanya Razman

"Pe dia benda yang nak kitorang tolong ni? Kita ni dah lewat ni bro,". Tanya Razif sambil melihat jam di tangannya

"Ko tolong usha pompuan tu boleh? Aku rasa dah jatuh hati kat budak tu la,". Jawab Razman.

"Kalau ye pun, masuk la kelas dulu,". Kata Amir

Di dalam kelas itu, Razman tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran di kelasnya. Ini disebabkan gara-gara wanita bertudung labuh itu. Manakala sahabat-sahabatnya terus mencari maklumat tentang pelajar wanita itu.

Dan pada suatu hari, 2 orang sahabatnya berjumpa dengannya dan apa yang mengejutkan Razman, pelajar wanita itu tinggal di asrama dan sebilik dengan Rita. Razman terus berjumpa dengan Rita.

"Haa...ko lagi. Nak apa lagi? Tanya Rita

"Aku ada benda nak kata ni,". Jawab Razman

"Cepat sikit,". Sergah Rita

"Ko ada kenal tak ngan budak bertudung labuh? Aku dengar kata dia roomate ko,". Tanya Razman

"Oh yang tu. namanya Raudhah. Kenapa? Nak jadikan mangsa terbaru ke? Tanya Rita

"Eh eh mana ada. Aku rasa dah jatuh cinta kat dia la,". Jawab Razman

"Takpe-takpe. Aku tolong ko ya,". Kata Rita

"Tq Rita. Ko la member aku,". Kata Razman

"Ye la tu. Ko pun selalu kacau aku pun,". Kata Rita

Pada keesokan harinya, Razman menerima surat dari Rita. Rita mengatakan bahawa surat itu ditulis dengan hati yang tulus dari Raudhah sendiri kepada Razman. Sebaik sahaja Razman membuka surat itu, dia terkejut dengan isi kandungan surat itu:

Assalamualaikum kepada Saudara Razman,


Saya mendengar khabar itu dari Kak Rita tentang luahan isi hati saudara pada saya. Saya tidak menolak atau juga tidak menerima. Itu semua saya serahkan kepada Allah SWT. 


Saya harap saudara sebelum mendapat cinta itu, dapatkan cinta dari Allah SWT kerana dengan mengharapkan cinta dan redha dari Allah, barulah cinta manusia itu akan datang. 


Bacalah selalu surat cinta dari Allah...yang saya maksudkan itu adalah al Quran. Ianya mampu menenangkan hati yang sedang gundah gulana itu. 


Dan 1 lagi yang terakhir, sekiranya saudara merasakan dihati ini saya adalah untuk saudara, beristikharahlah  dan berdoalah selalu kepada Allah supaya impian itu tercapai. Insya Allah


Assalamualaikum


yang menulis 


Raudhah...


Sebaik sahaja Razman selesai melihat isi kandungan surat itu, tiba-tiba butiran air mata jatuh berlinangan seperti manik jatuh berderaian. Dan dia bertekad di hati, akan membaca, menghayati serta menghafaz surat cinta itu yakni al Quran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan