Ahad, 25 September 2011

Halangan dalam bertaubat

Assalamualaikum....dan selamat malam kepada sahabat2ku yang amat ana hormati dan sayangi....Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia dari pagi sehinggalah sekarang dalam menuju cinta Allah swt. Insya Allah...Ibadat bukan sahaja tertumpu pada solat sahaja. Banyak jenis-jenis ibadat seperti berpuasa, bersedekah dan sebagainya.

Pada malam yang hening dan suam-suam kuku, ana cuba membawa sahabat-sahabat ana dalam satu tajuk yang dipanggil sebagai Halangan Dalam Bertaubat. Sebelum ana meneruskan tajuk ini, suka ana menyatakan maksud taubat itu sendiri.

Apa yang dimaksudkan dengan taubat itu sendiri?? Persoalan sering menerjah ruang fikiran kita sebagai manusia yang lemah. Kita sering mendengar orang berkata, " bila la nak taubat ni??..baiklah...taubat berasal dari perkataan arab iaitu taubah yang bermaksud kembali atau berbalik.

Maksud taubat adalah kembali pada pangkal jalan iaitu jalan yang diredhai Allah setelah bergelumang dengan dosa dan noda. Itulah taubat.

Berbalik pada tajuk tadi, apabila kita mahu melakukan kebaikan, pasti ada yang menghalang..contoh, apabila kita mengajak sahabat untuk menunaikan solat, mereka akan berkata " ko gi la dlu solat, aku xpe". atau " pasni aku solat la, nak siapkan keje dulu." atau paling ganas sekali "ko la solat dulu, ko kan ustaz". Kita berfikir sejenak, adakah solat tu hanya untuk orang yang bergelar ustaz sahaja....orang yang bukan ustaz tidak boleh solat ke??renung-renungkan bersama..

Kita sama-sama berfikir, apakah halangan2 yang terdapat pada seseorang yang hendak bertaubat.. Yang pertama sekali, berasa tidak yakin akan rahmat Allah swt Yang Maha Luas itu. Kenapa terjadi begini? Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa tidak kira dosa itu dosa besar atau dosa kecil, mereka beranggapan bahawa Allah tidak menerima taubat kerana dosa-dosa tersebut. Tanggapan ini mesti dielakkan dengan menanamkan rasa yakin dalam diri bahawa Allah itu Maha Pengampun, dan setiap dosa yang dilakukan oleh mereka, pasti akan diampunkan oleh Allah swt.. Insya Allah. Seperti mana dalam al Qur'an surah al A'raf ayat 156 yang berbunyi " Dan rahmatku meliputi segala sesuatu"

Yang kedua adalah apabila meninggalkan tekad iaitu harap..dalam memohon taubat kepada Allah, mesti menanamkan harapan kepada Allah agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita walaupun dosa itu setinggi gunung dan seluas lautan.

Ingatlah sahabat-sahabatku semua, kita semua tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesilapan atau dosa. Dengan taubat inilah dapat menjadikan diri kita orang yang tenang dan menghayati segala keagungan dan kebesaran Allah swt. Dan juga kita disegerakan bertaubat kerana kita semua tidak mengetahui bila akan dipanggil menghadapNya..

Jumaat, 2 September 2011

hari raya.....

Assalamualaikum....

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu pada laman blog ini...kerana memberi laluan kepada penugasan praktikal sebagai pegawai bahagian agama dan kaunseling di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu serta menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti pada bulan Ramadan...

Dimana pada bulan Ramadan, kita semua berpuasa selama sebulan dengan mengharapkan redha Allah serta pahala yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang berpuasa dimana pahala itu berlipat kali ganda besarnya. Selama berpuasa itu juga kita diuji dengan pelbagai cabaran sama ada dari sudut mental dan fizikal. Setelah sebulan mengharungi bulan Ramadan, maka akan tiba 1 bulan iaitu bulan kemenangan yang dipanggil sebagai bulan Syawal.

Dalam suasana untuk menyambut bulan Syawal, kita hendaklah selalu mengingati saudara-saudara kita tidak kita dekat dengan kita, mahupun berjauhan dengan kita atau terpisah di pelusuk dunia sekalipun, cuba kita fikir-fikirkan serta renung-renungkan, bagaimana mereka menjalani ibadat puasa?? Ada dikalangan saudara-saudara kita berpuasa dalam suasana negaranya yang kacau bilau seperti peperangan, bencana kemarau dan sebagainya.. Kita sebagai umat islam yang tinggal di bumi Malaysia yang bertuah, marilah kita semua merafak rasa syukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani ibadat puasa dalam keadaan suasana aman damai serta harmoni dan rakyatnya bebas ke sana ke mari tanpa rasa takut.

Dalam suasana menyambut kedatangan 1 Syawal ini, kita tidak haruslah melupakan ibadat yang dijalankan semasa bulan Ramadan seperti solat tarawih, berzikir, bertadabbur dan tadarus al qur'an, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

Semalam, 2 September 2011, saya menonton rancangan Al Kuliyyah, dimana tajuk yang dibincangkan dalam program tersebut adalah Remeh-Temeh Aidilfitri. Bagi saya, tajuk itu memang sesuai.Kerana, banyak dikalangan masyarakat kita begitu sibuk sehinggakan lupa melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

Seperti dalam bulan Ramadan, awal Ramadan ada 1 istilah dipanggil sebagai pusingan kelayakan di mana masjid-masjid dan surau-surau kampung penuh sehinggakan tidak muat saf dalam surau. Pertengahan bulan Ramadan ada 1 istilah juga dipanggil sebagai pusingan separuh akhir, Dimana pusingan itu, saf-saf dalam surau itu semakin hari semakin berkuarangan kerana pada waktu itu, ramai dikalangan masyarakat pergi mencari baju raya serta persiapan dalam menghadapinya. Dan kemuncak Ramadan itu sendiri dikenali sebagai final atau grand finale. Dan pada waktu itu, saf-saf di surau-surau banyak yang kurang sehinggakan hanya tinggal 1 saf sahaja. Ini kerana ramai kebanyakan masyarakat mengambil peluang mencari baju raya pada waktu malam sehinggakan meninggalkan ibadat yang dituntut iaitu tarawih.

Pada hari raya itu, bagi mendapatkan barakah pada hari tersebut, bolehlah kita bertakbir sebagai memuji dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah atas kemenangan yang dinikmati setelah berpuasa menahan hawa nafsu untuk menjadikan diri ini mukmin yang sejati dan mendoakan agar diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang akan datang.

Soal duit raya adalah kebiasaan. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kanak-kanak dengan orang dewasa. Kebanyakan pada masa sekarang, kita melihat arus teknologi begitu pesat sehinggakan ingin menghantar kad hari raya pun siap hantar melalui internet. Ini menunjukkan negara berada dalam kemajuan teknologi sehinggakan ramai yang tidak menyedarinya.

Oleh itu, dalam suasana hari raya, marilah kita bersama-sama berjabat tangan sesama kita untuk memohon keampunan sekiranya tersilap dan terkasar bahasa sepanjang tahun ini. Bermaafan tidak semestinya mahu menunggu hari raya, bila-bila pun boleh dilaksanakan kemaafan itu supaya ukhwah yang dijalinkan itu bertambah mesra dan menjadikan umat Islam yang kuat...Insya Allah...