Jumaat, 6 April 2012

Ketenangan Hati sebelum menghadapi peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد الله

 Alhamdulillah, ana mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, diberi peluang untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta ahli keluarga Baginda.

 Pada suasana peperiksaan di kampus ana yang akan menjelang tidak lama lagi, sudah tentulah masing-masing mempunyai perasaan yang seram sejuk atau sebaliknya kerana tidak tahu bagaimana bentuk soalan perlu dijawab. Bagaimana kita mahukan ketenangan menghadapi suasana peperiksaan yang begitu mendebarkan?? haaa...

 Yang pertama sekali adalah:

 1) Menjaga hubungan dengan Allah

 Sebagai seorang Islam, sewajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT. Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan Allah SWT? Menjaga hubungan dengan Allah dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

 Melakukan kebaikan adalah melakukan segala perbuatan yang amat disukai oleh Allah dan jika dilakukan akan mendapat palaha yang berlipat ganda seperti melaksanakan solat fardhu serta banyakkan amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah dan sebagainya.

 Meninggalkan keburukan adalah melakukan segala amalan yang ditegah oleh Allah dan mendapat dosa jika dilakukan seperti mencuri, merompak, menipu dan sebagainya.

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi:

 Hanya Allah yang mampu memberikan pertolongan dan menghindari sesuatu perkara sebagaimana doa Rasulullah " Aku berlindung dengan redaMu dan amarahMu, Dan aku berlindung dengan ampunanMu dari siksaMu dan aku berlindung dariMu dengan Mu".

 2) Memperbanyakkan bersedekah

 Dalam surah al Baqarah ayat 195, Allah SWT berfiman yang berbunyi:

  "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".


Yang sebenarnya, ada rahsia di sebalik sedekah ini. Marilah kita semua berfikir, kenapa orang yang banyak bersedekah itu semakin hari rezekinya semakin murah? Ini kerana mereka bersedekah kerana Allah SWT dan mereka percaya sesungguhnya hidup, mati, ajal, maut, rezeki itu semuanya dari Allah SWT.

Kita semua janganlah ada rasa sifat takut akan kekurangan harta disebabkan bersedekah kerana dengan bersedekah, harta akan menjadi berkurangan. Tidak, sedekah tidak mengurangkan harta tapi menyuburkan harta orang yang memberikan sedekah. Ini kerana orang yang menerima sedekah dari pemberi, penerima sedekah itu mendoakan kepada pemberi sedekah agar dimurahkan rezeki yang halal.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, al Darimi dan Ahmad:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” 


3) Banyakkan berdoa, membaca Al Qur'an untuk kedamaian hati. 

Sebagai seorang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang di cintai, memperbanyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin. Kerana doa itu merupakan permintaan terus dari hambaNya kepada Allah SWT. 

Kitab Al Quran adalah kalam Allah SWT. sesiapa yang membacanya maka akan mendapat pahala. Seperti mana dalam sebuah hadis yang berbunyi:

 Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. 

 Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih 

Marilah kita semua bersama-sama dalam mencari ilmu dan dalam mencari ilmu, mestilah ada keberkatan dari Allah SWT supaya apa pekerjaan yang dilakukan oleh kita akan menjadi sebagai ibadat. Insya Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan